APMM Selamatkan 4 Mangsa Bot Karam di Pulau Tioman

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berjaya menyelamatkan tiga dari empat orang penumpang sebuah bot persendirian yang karam di perairan Pulau Tioman awal pagi kelmarin. 

APMM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan ia telah melancarkan Operasi Carilamat (Op SAR) pada 12.15 tengah malam tadi di perairan enam batu nautika sebelah Barat Daya Pulau Tioman bagi mencari mangsa berkenaan. 

"Kami menerima maklumat pada jam 12.01 tengah malam tadi mengenai sebuah bot persendirian bernama Bayliner sedang dalam perjalanan dari Pulau Tioman menuju ke Mersing, Johor telah dimasuki air sebelum karam di kawasan berkenaan pada 5.50 petang, 17 Julai. 

"Mangsa adalah rakyat tempatan berbangsa Melayu berumur lingkungan 22 hingga 38 tahun. 

"Sehingga jam 9.30 pagi tadi, seramai tiga mangsa telah dijumpai, iaitu dua mangsa ditemui nelayan tempatan terdampar di Pulau Sri Buat pada jam 7 pagi dan seorang lagi mangsa dijumpai lebih kurang jam 9.30 pagi, 1 Batu Nautika dari Pulau Sri Buat. 

"Ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu. 

Menurutnya, operasi SAR yang dilaksanakan itu melibatkan sebuah helikopter Agusta dan dua buah bot dari APMM, sebuah bot dari Pasukan Polis Marin dan bantuan beberapa bot nelayan tempatan. 

"Operasi diteruskan untuk mencari mangsa terakhir. Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan dan bantuan menerusi MERS 999 atau boleh menghubungi hotline Pusat Operasi Wilayah Timur di talian 09-5717345," menurutnya.
Tags / Kata Kunci: APMM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan