Penumpang Nyaris Maut Bas Ekspres Terbabas Berhampiran R & R Gurun

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 10:19 AM

Bas ekspress yang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Perlis terbabas di Kilometer 82.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas tayar depan sebelah kirinya meletup di Gurun, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GURUN: Sebanyak 18 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju Perlis terbabas di Km 82.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tayar sebelah kiri bahagian hadapan bas itu tiba-tiba meletup menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan hampir memasuki kebun kelapa sawit.

Pemandu bas berkenaan Lazzuan Ishak, 39, berkata seorang penumpang yang duduk di kerusi hadapan cedera pada muka akibat terhantuk.

Dia berkata setelah bas hilang kawalan, dia cuba menekan brek dan mengendalikan bas tetapi bas terus merempuh penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

"Saya dapat mengawal bas daripada merempuh beberapa batang pokok ketika bas menuruni kawasan berbukit menghala kebun kelapa sawit," katanya di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin mengesahkan kejadian itu dan berkata keterangan pemandu bas tersebut telah diambil.
Tags / Kata Kunci: kemalangan bas , R & R Gurun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan