Wang Pertaruhan Hampir RM1 Juta Lesap

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kehidupan selepas berakhirnya Piala Dunia bertukar ngeri terutamanya kepada peminat fanatik bola sepak yang mencagarkan rumah dan kereta mereka sebagai pertaruhan dengan bookie.

Ada diantara mereka turut mendapat sokongan daripada saudara mara untuk berkongsi wang pertaruhan yang mereka yakini boleh membawa pulangan lumayan.

Mereka hilang wang pertaruhan apabila keputusan diluar jangkaan, malah lebih mengejutkan ketika Jerman menewaskan Brazil 7-1.

Peminat bola sepak kini perlu berurusan dengan Ah Long dan pemberi pinjaman wang yang mahu mereka membayar balik wang tersebut.

Tindakan itu menyebabkan beberapa saudara mara mereka turut bimbang.

Di Ipoh, enam peminat bola sepak dalam keadaan terdesak datang ke  Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak untuk mendapatkan bantuan.

Mereka berjaya mengumpul wang pertaruhan sebanyak RM1 juta dan kesemuanya lesap begitu sahaja.

Ketua Urus Setianya, Mohd Rawi Abdullah berkata, enam lelaki berusia diantara 35 dan 60 tahun, mula bertemu dengan beliau selepas kejohanan berprestij tersebut bermula dengan terbaharu pada Isnin lalu selepas aksi final antara Jerman dan Argentina.

"Jumlah wang yang mereka hilang adalah mencecah sejuta ringgit," katanya.

Mohd Rawi berkata pertaruhan itu dibuat menerusi bookie dan laman web di Internet.

Katanya, seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga merupakan bekas guru hilang hampir RM100,000.

Mereka menanggung kerugian apabila Jerman menang besar ke atas Brazil di separuh akhir.

Antara perlawanan lain yang tidak berpihak kepada peminat bola sepak adalah Argentina - Holland, Amerika Syarikat - Jerman, Argentina - Iran dan Jerman - Portugal.

"Peminat bola sepak memberitahu saya mereka bertaruh terhadap pasukan-pasukan hebat dan sebaliknya tindakan itu memakan diri. Kebanyakan mereka menangis dan merayu untuk mendapatkan bantuan.

"Mereka meminta saya untuk bertemu dengan Ah Long supaya memberikan mereka masa selama enam bulan hingga setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut," katanya.

Polis menegaskan agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar mereka yang hilang wang akibat pertaruhan dalam kejohanan tersebut.

"Adalah mustahil peminat fanatik bola sepak akan membuat laporan terhadap bookie kerana mereka tahu judi adalah haram.

"Kami merampas wang tunai sebanyak RM454,088 dan S$11,698 (RM29,944.07). Bookie meraih lebih daripada RM120 juta dan HK $ 528,292 (RM217, 407,50) dalam pertaruhan itu," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik.

Pada tahun ini,  jumlah penahanan meningkat berbanding 2010, di mana seramai 227 individu ditahan termasuk ahli sindiket dan mereka yang terlibat dengan pertaruhan haram Piala Dunia menerusi operasi yang dikenali sebagai Ops Soga.

Empat warga Malaysia antara lapan yang ditahan di Los Angeles terlibat dalam pertaruhan haram Piala Dunia yang membabitkan wang pertaruhan berjuta-juta dolar, seperti yang dilaporkan pada Rabu.

Beliau berkata, kira-kira 454 ditahan sepanjang serbuan Ops Soga yang dijalankan antara 26 Jun hingga 14 Julai kerana terlibat dalam pertaruhan haram.


Tags / Kata Kunci: wang pertaruhan , bookie , Piala Dunia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan