Anggota Polis Marin Azam Bawa Penyerang Rakan Ke Muka Pengadilan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kematian polis marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan dan penculikan Konstabel Zakiah Aliep menyebabkan rakan-rakan mereka berazam membawa penyerang ke muka keadilan. 

Mereka percaya serangan ke atas unit polis marin di sebuah resort di Pulau Mabul lewat hari Sabtu merupakan tindakan balas terhadap pasukan keselamatan Malaysia dan mereka bersedia untuk berusaha habis-habisan menyelamatkan Zakiah.

"Kami hanya mahu membawa dia pulang. Kejadian ini merupakan satu pengalaman yang menyakitkan bagi kami," kata seorang anggota polis marin, yang merupakan rakan kepada Zakiah dan Allahyarham Abdul Rajah.

Beliau percaya Abdul Rajah dan Zakiah tidak mempunyai masa untuk bertindak balas apabila lelaki bersenjata menyerang mereka kerana mereka sedang makan di restoran tempat peranginan berkenaan.

Rakan sekerja mereka menyifatkan Abdul Rajah sebagai seorang yang mesra sambil Zakiah disifatkan lebih tenang, pendiam dan kuat agama.

"Dia akan cuba untuk menunaikan solat lima kali sehari di mana sahaja dia berada, sama ada di dalam bot atau atas laluan pejalan kaki kayu di sesebuah kampung," katanya.

Serangan ke atas Pulau Mabul berlaku beberapa hari selepas tujuh lelaki bersenjata bertopeng gagal dalam usaha mereka melakukan penculikan di sebuah sangkar ternakan ikan di perairan Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Kumpulan lelaki bersenjata itu tidak dapat mencari pemilik dan pengurus sangkar ikan tersebut yang telah mula menjalani kehidupan di tanah besar ekoran kejadian culik yang berlaku sebelum ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson telah berpindah bersama ibu mertuanya sambil menunggu kepulangan suaminya.

Jirannya berkata Sharifah Erna dan anaknya yang berusia empat bulan, Muhammad Hisham telah berpindah dari rumah mereka di Taman Nilam di sini untuk tinggal dengan keluarga mertuanya di Tuaran.

"Dia memberitahu kami bahawa dia mahu bersama ibu bapa Zakiah kerana dia berasa lebih baik di sana sementara menunggu suaminya," kata jirannya.

Seorang bekas tebusan yang pernah menjadi tahanan oleh lelaki bersenjata Abu Sayyaf dari Sipadan pada tahun 2000 berkata, penculik biasanya tidak membahayakan tebusan mereka kerana mereka dianggap sebagai komoditi berharga.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan Zakiah mungkin dilayan dengan teruk kerana dia adalah seorang anggota polis.

Bekas tebusan itu bagaimanapun, percaya Zakiah akan dilayan dengan baik kerana beliau berkemungkinan besar mampu bercakap sama ada dalam dialek Bajau atau Suluk dengan mereka.

"Dari pengalaman saya, mereka ini tidak akan mencederakan orang tawanan mereka jika tidak cuba untuk melawan atau melarikan diri," katanya yang menghabiskan masa selama enam bulan di selatan pulau Jolo. 

Tags / Kata Kunci: Pulau Mabul , polis marin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan