Pelajar Parah Ditetak Dengan Samurai

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku pada Isnin.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan perhentian bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee berkata bagaimanapun mangsa luka di belakang dan tengkuk.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis.

"Mangsa bersama seorang rakan lelakinya sedang duduk berbual di perhentian bas itu apabila mereka didatangi dua lelaki dengan sebuah kereta.

"Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta mereka dan meminta wang serta telefon bimbit mangsa. Mangsa lari ke rumahnya dengan dikejar suspek yang bersenjatakan pedang samurai pendek dan menetak mangsa," katanya.

Beliau berkata suspek bagaimanapun merompak rakan mangsa barangan bernilai RM1,500 tanpa mencederakannya.


Tags / Kata Kunci: Samurai

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan