Polis Selamatkan Mangsa Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis menyelamatkan 17 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman DSP Kamal Khan Mohd Shariff berkata mereka terdiri 15 wanita warga Vietnam dan dua wanita China berusia 19 hingga 36 tahun yang dijadikan pelayan di premis terbabit.

Beliau berkata ketika serbuan pada 2.15 pagi itu, kesemua wanita terbabit sedang melayan kira-kira 28 pelanggan di premis dua tingkat itu.

"Seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai ibu ayam ditahan di tingkat atas premis tersebut bersama sebuah beg mengandungi wang tunai berjumlah RM12,080 dan resit jualan dipercayai bagi aktiviti pelacuran," katanya kepada pemberita.

Katanya enam pekerja premis tersebut terdiri daripada empat lelaki tempatan dan masing-masing seorang lelaki warga China dan Bangladesh berusia 30 hingga 40-an turut ditahan polis.

Siasatan awal mendapati premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran, katanya.

Kamal Khan berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2001.


Tags / Kata Kunci: Pemerdagangan Orang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan