Tiada Kad Pemandu Kesalahan Tertinggi Pemandu Teksi - SPAD

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kad pemandu merupakan kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh pemandu teksi menerusi operasi membanteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab atau Ops Tegas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Jun 2011 sehingga Mei tahun ini dengan 2,240 kes.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, jumlah kesalahan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,756 kes.

Katanya, antara kesalahan tertinggi lain bagi tempoh sama ialah kegagalan menunjukkan permit dengan 1,049 kes dan tidak menggunakan meter (711 kes).

"Bagi tahun ini sahaja, sebanyak 1,090 kes membabitkan teksi manakala sepanjang tahun lepas adalah 2,147 kes.

"Kita melaksanakan Ops Tegas bagi menangani masalah segelintir pemandu teksi yang sering melakukan kesalahan, antaranya kita mendapat aduan daripada pengguna teksi," katanya pada sidang media selepas Ops Tegas Ke-11 di sini, Isnin.

Che Hasni berkata, antara kesalahan lain yang dilakukan oleh pemandu teksi ialah memakir kenderaan dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.

Mengenai Ops Tegas pada Isnin, katanya, operasi itu membabitkan seramai 56 anggota terdiri daripada 48 pegawai SPAD dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita mengarahkan para pegawai di sekitar Bukit Bintang, Pavilion, KLCC, Berjaya Times Square, Pasar Seni, Plaza Kota Raya, Sogo, Chow Kit dan KL Sentral.

"Operasi dengan 17 pasukan ini membabitkan penyamaran pegawai penguat kuasa SPAD sebagai pengguna teksi," katanya.

Menurut Che Hasni, setakat ini seramai 10 pemandu teksi yang dikesan melakukan kesalahan di mana sembilan tidak menggunakan meter dan seorang lagi menggunakan 'teksi sapu' apabila beroperasi tanpa lesen.

Tambahnya, seorang daripada pemandu teksi yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah dan dalam siasatan polis.

"Bagi kesalahan tidak menggunakan meter di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, jika didapati bersalah akan didenda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan teksi sapu, kita akan dakwa di bawah Seksyen 16, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan keretanya akan dilucutkan (hak)," kata Che Hasni.

Tags / Kata Kunci: Pemandu Teksi , SPAD

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan