Polis Marin Cekup 3 Lelaki, Rampas Petrol, Diesel

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Kedah menahan tiga lelaki dipercayai cuba menyeleweng minyak petrol dan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor di kawasan Mergong Tengah, Jalan Putra di sini pada Ahad.

Dalam serbuan itu, sejumlah 21,800 liter petrol dan 21,000 liter diesel yang nilainya berjumlah RM87,780 dirampas.

Pegawai Pemerintah PPM Kedah/Perlis ASP Rodzi Abu Hassan berkata serbuan dilakukan pada 4 petang selepas membuat intipan selama satu jam hasil maklumat daripada orang awam.

"Semasa serbuan, kita dapati mereka sedang menjalankan kerja-kerja memunggah minyak petrol berjumlah 21,800 liter dari sebuah treler ke treler yang lain. Selain itu, terdapat dua tangki menyimpan minyak diesel bersubsidi dalam stor berkenaan yang berjumlah 21,000 liter.

"Maklumat risikan mendapati sindiket ini menggunakan treler seberat 32,000 tan untuk mendapatkan minyak dari depoh minyak dan akan dikumpulkan di stor ini sebelum diseludup keluar negara," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Rodzi berkata tiga lelaki yang ditahan berusia 41 hingga 44 tahun terdiri daripada operator dan pemandu treler.

"Ini merupakan kali kedua serbuan dijalankan di kawasan sama dalam tempoh satu bulan. Hasil serbuan, polis turut merampas dua treler, dua tangki simpanan dan mesin memunggah minyak yang dianggarkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM552,570.

"Kes ini kita serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah bagi tindakan susulan dan saya berharap agak pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas dengan menyita stor berkenaan bagi memastikan kejadian tidak berulang lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis Marin , Diesel

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan