Anak Perempuan TKP Operasi Bomba Maut Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 5:47 PM

Mahadi

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Anak perempuan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas sebelum terbalik di KM42, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Tanah Rancangan Felda Chiku 3, di sini, Ahad.


Dalam kejadian 10 pagi itu, Nur Aqilah, 23, anak kepada Datuk Mahadi Md Ali yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Bagaimanapun tiga lagi anggota keluarganya iaitu ibu mangsa, Datin Nik Razainon Che Hassan, 56, pemandu kereta itu yang juga abangnya, Mohd Aizudin, 24, dan kakak mangsa, Nor Anida, 27, hanya cedera dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Ketua Polis Daerah, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian, keluarga terbabit menaiki kereta Perdana V6 dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur dan mangsa berada di tempat duduk penumpang belakang.

Beliau berkata, Mohd Aizudin yang memandu kereta itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain dan terkejut dengan sebuah lori yang cuba keluar dari simpang tiga berhampiran menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum terbalik dalam ladang kelapa sawit.

"Kesemua mangsa dilaporkan tersepit dalam kereta yang terbalik itu. Mayat Nur Aqilah dihantar ke HGM untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Nik Razainon ketika ditemui di HGM berkata, beliau yang duduk di sebelah pemandu memang merasai kereta yang dipandu Mohd Aizudin dalam keadaan bergoyang sebaik tiba di tempat kejadian.

Katanya, beliau sempat bertanyakan kepada Mohd Aizudin mengenai keadaan itu tetapi kenderaan mereka kemudiannya terus terbabas.

"Saya memang tidak tahu apa yang berlaku lagi selepas itu, tetapi sempat melihat arwah dalam keadaan cedera parah di kepala dan meminta tolong kepada orang ramai," katanya.

Beliau sudah seminggu berada di Kampung Kota, Kota Baharu untuk menziarahi ibunya yang sedang sakit, manakala tiga anaknya itu baru pulang ke kampung kelmarin sebelum bertolak semula ke Kuala Lumpur bersamanya pagi ini.

"Arwah memang mahu pulang cepat ke Kuala Lumpur kerana esok dia kerja dan tidak boleh cuti panjang berikutan baru bekerja dengan sebuah syarikat swasta," katanya.

Nik Razainon berkata, suaminya berada di Miri, Sarawak kerana ada tugasan rasmi di sana.


Tags / Kata Kunci: maut , bomba , Felda Chiku

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan