Motosikal Polis Terjun Sungai Ditendang Suspek

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH:  Dalam usaha menyelamatkan diri dalam Ops Cantas, seorang suspek menendang motosikal yang dinaiki seorang anggota polis yang mengejarnya hingga terbabas ke dalam sungai di sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian itu berlaku di sekitar Mambang Diawan dekat Kampar.

"Suspek menendang motosikal yang dinaiki anggota polis itu bagi mengelak dia ditangkap. Motosikal itu kemudian masuk ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata suspek berjaya melepaskan diri di laluan gelap. Anggota polis terbabit tidak cedera.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi itu yang bermula Isnin hingga semalam, polis menahan 29 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Katanya, 20 daripadanya warga Indonesia, Nepal (5), Bangladesh (1) dan Vietnam (3).

Beliau berkata enam penjenayah ditangkap atas pelbagai kesalahan seperti kes curi motor, pecah rumah dan dadah.

Katanya, 96 saman trafik dikenakan terhadap pengguna jalan raya. 


Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan