Polis Serbu 2 Premis Judi, Tahan 5 Orang Di Paya Terubong

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis merampas 30 komputer yang telah diubah suai untuk permainan judi dan menahan lima orang termasuk dua wanita dalam serbuan serentak di dua premis di Paya Terubong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi dua jam bermula pukul 11.30 malam tadi, pemilik kedua-dua premis yang terletak bersebelahan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk premis mereka.

"Mereka hanya membenarkan pelanggan tertentu sahaja masuk setelah melihat daripada CCTV (kamera litar tertutup)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya polis merampas masing-masing 18 dan 12 set komputer yang telah diubah suai beserta dua modem di kedua-dua premis dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM50,000.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 20-an dan 30-an terdiri daripada dua penjaga, tiga pemain judi termasuk seorang lelaki warga Indonesia.

Pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kata Mior Faridalatrash.

Pemain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
Tags / Kata Kunci: Judi Komputer

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan