Pemuda Umno Jerlun Lapor Polis, Gesa Siasat 'Padi Jantn'

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 2:21 PM

Laman Facebook 'Padi Jantn' yang dipercayai memuat naik kenyataan ugutan untuk menembak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerlun membuat laporan polis berhubung ugutan seorang pemilik laman sosial Facebook untuk menembak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Ketuanya, Ahmad Azhar Abdullah berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik Facebook menggunakan nama 'Padi Jantn" itu kerana ugutan berkenaan adalah sesuatu yang serius.

"Saya menyedari kenyataan mengancam Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah itu dalam Facebook semalam (Jumaat).

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Sabtu.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif dan lebih 30 anggota Umno Bahagian Jerlun.
Tags / Kata Kunci: Padi Jantn

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan