Dua Lelaki Cedera Dalam Kebakaran Panggung Wayang

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 10:08 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Dua lelaki cedera dalam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah sebuah panggung wayang di Jalan Leila dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian kira-kira 3.35 petang itu, sejumlah pelanggan sedang menonton wayang di tingkat satu panggung itu.

Beliau berkata kebakaran di bahagian bawah panggung itu dapat dipadamkan susulan tindakan pantas pihak bomba yang dapat menghalang api daripada merebak di bangunan dua tingkat itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa asap tebal menyerap naik ke tingkat atas melalui saluran pendingin hawa hingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan penonton di tingkat satu panggung itu.

"Ada penonton yang menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap yang dipecah dan ada yang menggunakan laluan tanggan dalam keadaan gelap.

"Ekoran itu, dua lelaki luka di tangan kerana memecahkan cermin di tingkat satu untuk menyelamatkan diri," katanya.

Rowell turut menafikan laporan portal bahawa berlaku letupan di dalam panggung berkenaan.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.44 petang dan tiba di lokasi sepuluh minit kemudian.

Sebanyak enam jentera dan 26 anggota bomba serta lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Sandakan dihantar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran, katanya.
Tags / Kata Kunci: panggung wayang , terbakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan