APMM Tahan Empat Lelaki Indonesia Ceroboh Masuk Perairan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 10:49 PM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Empat lelaki warga Indonesia termasuk seorang tekong bot gentian kaca ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika menceroboh masuk negara ini melalui perairan pantai Morib malam Jumaat.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata mereka ditahan kira-kira 11.40 malam dalam Ops Tumpas, yang dilancarkan 1 Julai lepas bagi membendung jenayah maritim di perairan negara pada musim perayaan ini.
 
Beliau berkata bot peronda APMM yang menjalankan operasi di sekitar perairan Morib, mengesan sebuah bot gentian kaca berwarna biru berkelajuan 120 kuasa kuda dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya kira-kira satu batu nautika dari perairan itu. 

"Pada mulanya, bot APMM menghampiri dan mengarahkan bot itu berhenti, namun tidak diendahkan malah ia dipecut laju menuju ke Pantai Morib," katanya dalam sidang media di pejabat Maritim Pelabuhan Utara di sini, Sabtu.

Berikutan itu, APMM mengejar bot tanpa plat pendaftaran itu kira-kira 15 minit sehingga ke pantai Morib.

Mohd Aliyas berkata berlaku pelanggaran antara bot APMM dengan bot suspek ketika menahan bot itu menyebabkan tekong bot suspek cedera di tangan kanannya.

Dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. 

"Siasatan awal mendapati kesemua lelaki itu berumur antara 30 dan 42 tahun, dan menuju ke perairan negara dari Pantai Dumai ataupun Pulau Bengkalis, Indonesia," katanya. 

Mereka dibawa ke Jeti Daerah Maritim Klang untuk siasatan mengikut Akta AntiPenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
Tags / Kata Kunci: APMM , Indonesia , ceroboh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan