Polis Pertimbang Panggil P Ramasamy Bantu Siasatan Hasutan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis sedang mempertimbang untuk memanggil Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini polis menerima tiga laporan berhubung dakwaan kenyataan Ramasamy itu mengenai rusuhan kaum.

Dua daripada laporan itu dibuat di Kuala Lumpur manakala satu lagi di Kepala Batas, dekat sini semalam dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948, katanya.

"Kami akan teliti laporan berkenaan dan akan mempertimbang untuk memanggil timbalan ketua menteri II itu memberi kenyataan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini malam Rabu.

Abdul Rahim meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi liar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Ramasamy didakwa mengeluarkan kenyataan itu Isnin lepas semasa mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.


Tags / Kata Kunci: Polis , Hasutan , Pulau Pinang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan