Anggota Polis Maut, Empat Orang Awam Cedera Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 2:25 PM

Keadaan kereta jenis Perodua Viva (kiri) yang dinaiki mangsa Noor Aziemah Mat Ruki, 28, yang maut bersama ibunya Azizah Deraman, 49, selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Tok Kenali, Pulau Hilir, Kubang Kerian kira-kira pukul 10.45 malam dekat sini malam tadi. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang anggota polis maut manakala empat orang awam cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di KM10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Sarjan Sharudin Mohd Shah, 54, pemandu kereta polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang meninggal dunia di Hospital Gua Musang pada 7.15 malam selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 3.45 petang itu.

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, 27, dan tiga penumpang - Mohd Zaki Ramli, 31, Che Mohd Faizul Che Abdullah, 29, dan Mohd Nuhairi Mat Jusoh, 30. Kesemuanya dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika Sharudin memandu kereta polis jenis Proton Preve berseorangan dalam perjalanan dari IPD Gua Musang ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh di sini.

Kereta yang dipandu Sharudin dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta menghala ke Gua Musang.

Sharudin meninggalkan seorang isteri dan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 11 Ketereh, Kota Baharu hari ini.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan