Restoran Tawar Bufet Ramadan Disamping Arak Berdegil Teruskan Operasi

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 9:41 AM

Anggota penguatkuasa memeriksa sebuah restoran yang menawarkan bufet Ramadan tanpa memperolehi sijil halal dan menjual minuman keras di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumur.

(Ubah saiz teks)

Eksklusif

KUALA LUMPUR: Tidak sampai 48 jam selepas diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu, sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal di Jalan Yap Kwan Seng di sini kembali menjalankan operasinya dengan menawarkan promosi bufet Ramadan kepada orang ramai.

Restoran yang menggunakan nama dan elemen kemelayuan dikesan masih menerima tempahan daripada pelanggan bagi hidangan berbuka puasa menerusi panggilan telefon.

Tidak cukup dengan itu, restoran berkenaan yang merupakan sebuah bar turut menyajikan pelbagai minuman keras secara terbuka dan bebas pada waktu malam.

Pada Isnin lalu, restoran itu diarahkan menghentikan tawaran bufet Ramadan kerana tidak mempunyai sijil halal dan menjual minuman keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Ops Bufet Ramadan.

Turut bersama dalam operasi itu ialah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Restoran yang masih dibawah siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 menawarkan pakej bufet Ramadan dengan menghidangkan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak).

Kedegilan restoran itu yang masih menawarkan bufet Ramadan terbongkar selepas Mstar Online pada malam Selasa menghubunginya dengan menyamar sebagai pelanggan untuk membuat tempahan meja bagi sesi berbuka puasa pada Rabu.

Amat mengejutkan apabila kakitangan restoran yang menjawab panggilan berkenaan memberitahu bahawa masih terdapat kekosongan tempahan meja untuk bufet Ramadan.

Kakitangan restoran: "Hai, ini restoran XXXXX."

Mstar: "Boleh buat booking (tempahan) untuk bufet Ramadan?

Kakitangan: "Boleh, harga RM75 nett. Bila tu?

Mstar: "Nak booking untuk esok (Rabu). Kalau saya nak book untuk buka puasa esok, bila boleh saya buat last call (waktu panggilan terakhir untuk tempahan)?

Kakitangan: "Boleh buat tempahan sekurang-kurangnya enam jam lebih awal (sebelum waktu berbuka puasa)."

Tinjauan pada malam Selasa mendapati tiada lagi kain rentang bufet Ramadan dipaparkan di luar premis berkenaan berikutan ia sudah diturunkan dan disita oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, khemah berwarna putih dan hijau yang mempunyai meja-meja dan kerusi-kerusi, terletak di dalam kawasan premis sebagai tempat untuk bufet Ramadan dipercayai masih digunakan.

Ini termasuk lampu hiasan berbentuk bulan sabit dan bintang segi berbucu lima, yang mengelilingi khemah tersebut turut dinyalakan, sekali gus mengaburi orang ramai mengenai kesahihan bufet Ramadan yang ditawarkan oleh restoran itu.

Berdasarkan pemeriksaan mStar Online setakat 6 pagi Rabu, laman web rasmi restoran berkenaan termasuk laman sosial Facebooknya masih lagi memaparkan promosi bufet Ramadan.

Terdapat komen yang ditulis pada Selasa di bawah gambar pakej bufet Ramadan yang dimuatkan di Facebook restoran itu: Abu Ammar Alattas: "Dah kena rush (serbu) Jakim semalam. Harap umat Islam berhati-hati dengan restoran ini yang menyajikan arak."

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman ketika dihubungi berkata, restoran berkenaan sepatutnya menghentikan segala promosi bufet Ramadan serta-merta selepas didapati tidak mempunyai sijil halal dan memiliki minuman keras.

"Kita hanya membenarkan restoran itu menjalankan operasi seperti biasa sepanjang tempoh siasatan tetapi bukan promosi bufet Ramadan.

"Arahan ini termasuk promosi bufet Ramadan menerusi medium lain seperti laman web rasmi restoran itu supaya tidak mengelirukan orang ramai. Ini merupakan satu kesalahan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan, Muhammad Khalid berkata, beliau akan meneliti perkara itu dan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan Ops Bufet Ramadan terlebih dahulu sebelum membuat tindakan susulan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan