Polis Tumpaskan Kegiatan Pecah Rumah, Curi Kereta Di Johor Baru

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 5:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan pecah rumah dan curi kereta di sekitar bandar raya ini berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Damai Jaya, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kedua-dua suspek berumur 28 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 pagi selepas polis bertindak atas maklumat.

"Polis menemui sebuah kereta Mitsubishi Lancer di hadapan rumah berkenaan yang dilaporkan hilang di kawasan Kangkar Pulai, di sini, 14 Jun lepas.

"Pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu menemui pelbagai peralatan dipercayai untuk melakukan jenayah termasuk empat kunci, tiga parang, lapan anak kunci yang belum diukir dan enam alat kawalan jauh kereta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, Selasa.

Noor Hashim berkata polis turt menemui lima topeng muka, dua komputer riba, pelbagai peralatan pecah rumah, dua keping cukai jalan serta lima telefon bimbit dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang positif dadah itu turut mengaku terlibat dengan kes pecah rumah dan sekurang-kuranganya lima kecurian kereta di sekitar Nusajaya, Ulu Tiram dan Taman Johor Jaya, di sini.

Katanya, kedua-dua mereka kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.

Dalam kes berasingan, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal selepas menahan lapan lelaki berumur 16 hingga 33 tahun di beberapa lokasi di bandar raya ini dan Kota Tinggi, hujung bulan lepas.

Beliau berkata dua daripada mereka ditahan pada 3.20 pagi, 25 Jun lepas di Taman Nusa Indah manakala enam yang lain ditahan sejurus selepas itu di Taman Universiti dan Kempas serta di Kota Tinggi.

"Polis merampas satu rangka dan empat motosikal pelbagai jenama, spanar, pemutar skru dan kunci yang ditajamkan hujungnya dalam serbuan terbabit," katanya.

Berikutan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 21 kes kecurian kenderaan sejak tiga tahun lepas, katanya menambah polis kini giat memburu empat lagi rakan suspek bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: pecah rumah , curi kereta , Johor Baru

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan