Polis Giat Usaha Buru Kumpulan Lelaki Bersenjata Filipina

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 1:42 PM

Perkampungan air Bangau Bangau di mana kumpulan lelaki bersenjata Filipina datang mencari pemilik sangkar ikan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha memburu tujuh lelaki bersenjata oleh pasukan keselamatan di pantai timur Semporna yang memasuki hari kedua telah dipergiatkan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mereka percaya suspek yang bersenjatakan pistol dan parang panjang itu masih bersembunyi di dalam kawasan itu kerana semua laluan keluar telah terputus.

Beliau berkata laut bergelora dan keadaan cuaca yang buruk mungkin akan menyebabkan usaha melarikan diri menjadi sukar.

"Kami masih mengesan suspek di pulau-pulau berhampiran Semporna," katanya, Selasa.

Sebagai langkah berjaga-jaga, polis, pada Isnin terpaksa menasihatkan pengusaha sangkar ternakan ikan dan rumpai laut berpindah ke tanah besar di bandar Semporna buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan.

Kira-kira pukul 1 pagi Isnin, tujuh orang lelaki bersenjata; enam daripadanya bertopeng telah pergi ke sangkar ternakan ikan Ah Chai berhampiran Kampung Bangau-Bangau di Semporna untuk mencari pemilik sangkar berkenaan.

Mereka sebaliknya merompak sebuah rumah pekerja selepas gagal menemui sasaran mereka, pasangan berbangsa Cina dari Kelantan yang telah berpindah ke Semporna berikutan kejadian penculikan di kawasan itu.

Operasi mencari sedang diselaraskan oleh Esscom.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan