Kanak-Kanak Maut Selepas Alami Pendarahan Di Kepala

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 10:44 PM

Jenazah kanak-kanak lelaki itu didukung oleh ibunya keluar dari rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi Selasa selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi Selasa selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.

"Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada pukul 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas," katanya.

Beliau berkata apabila ditahan di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas mengesan berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.

Polis kemudian menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.

"Sebelum kejadian, anak itu telah dihantar ibunya ke rumah pengasuh yang terletak berhampiran rumah mereka di Taman Lapangan Melodi. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami seksa nafas," katanya.

Ahmad Termizi berkata mengikut maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja.

"Bagaimanapun kita turut menyiasat unsur kecuaian jika berlaku dalam kejadian ini selain tidak menolak unsur penderaan," katanya.

Beliau berkata ibu dan bapa mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan manakala keterangan pengasuh juga akan diambil.
Tags / Kata Kunci: kanak-kanak , maut , kecuaian

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan