Polis Selamatkan Wanita Mangsa Rogol Ditinggalkan Di Premis Berkunci

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis pada Selasa menyelamatkan seorang wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mangsa berusia 22 tahun ditemui di sebuah bilik bangunan pejabat lama DAP cawangan Krubong itu kira-kira 2.30 petang hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata mangsa berasal dari Perak mendakwa dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia, Alor Gajah dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam Isnin.

"Siasatan awal mendapati ketika dalam perjalanan ke premis tersebut, mangsa diberitahu akan dilacurkan namun dia tidak mahu tetapi sebaik tiba, wanita itu telah dirogol tiga lelaki lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya mangsa yang pernah berkahwin itu kemudian ditinggalkan di premis berkenaan.

Salehhudin berkata mangsa meminta pertolongan orang ramai kira-kira 2 petang Selasa setelah dia tidak dapat melarikan diri berikutan pintu pagar premis itu berkunci.

Beliau berkata mangsa yang berada dalam keadaan trauma dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan.

Katanya polis kini giat memburu kelima-lima lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati papan tanda pejabat DAP cawangan Krubong masih berada di bahagian pintu pagar utama premis itu.

Timbalan Pengerusi DAP Melaka Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata cawangan itu telah dibubarkan dan pejabatnya ditutup sejak beberapa tahun lepas. 

"Pejabat tersebut tidak digunakan lagi tetapi papan tandanya belum diturunkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: rogol , premis berkunci , Taman Seri Krubong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan