Kes Bunuh TKP Kastam: Perintah Reman Empat Suspek Dilanjutkan - Berita Jenayah | mStar

Kes Bunuh TKP Kastam: Perintah Reman Empat Suspek Dilanjutkan

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 3:13 PM

Shaharuddin Ibrahim

Shaharuddin Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perintah reman terhadap empat suspek dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim dilanjutkan enam hari lagi bermula Selasa.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Zaki Abd Rahman di sini selepas menerima permohonan polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir Selasa.

Pegawai Penyiasat DSP, Hamzah Buman memberitahu pemberita bahawa suspek yang berusia 21 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumah ke pejabatnya di Putrajaya pada April tahun lepas.

Dalam insiden itu seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal, melepaskan tiga das tembakan jarak dekat ke arah Shaharuddin ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Pada Ahad lepas, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap seorang suspek berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes sama.


Tags / Kata Kunci: Hamzah Buman , Shaharuddin Ibrahim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan