Dahi Pekerja Nepal Tercucuk Batang Kayu

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 1:10 PM

Keadaan pekerja kilang papan warga Nepal yang cedera akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Seremban, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pekerja Nepal terpaksa menahan kesakitan selama dua jam selepas dahinya tercucuk kayu dengan kepanjangan kira-kira satu meter dalam kemalangan ngeri di sebuah kilang papan.

Vasanth Limbu, 30, sedang melakukan tugas menggunakan mesin pemotong kayu di kilang papan di Gemas apabila serpihan kayu tercucuk bahagian kepalanya kira-kira pukul 8.25 malam Isnin.

Rakan-rakannya yang terkejut dengan kejadian itu bergegas membawanya ke klinik kesihatan dengan kayu masih tercucuk di kepalanya 

Walau bagaimanapun, kakitangan perubatan di sana terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu.

Pegawai operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Gemas, Kamarudin Salleh berkata anggotanya terpaksa memotong sebahagian daripada kayu yang tertonjol dengan berhati-hati sebelum menghantar Vasanth ke Hospital Segamat.

"Kami melakukan sedemikian untuk mengurangkan kesakitannya," katanya sambil menambah kayu itu mungkin telah tercucuk sedalam 30cm.
Tags / Kata Kunci: pekerja nepal , tercucuk kayu

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan