Suspek Pukul Remaja Hingga Mati Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA:  Polis pada Isnin berjaya menahan lelaki yang disyaki memukul seorang remaja hingga maut di sebuah rumah di Kampung Jawa, Alor Gajah dekat sini pada petang Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohamad Laham berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang, Alor Gajah kira-kira 2.30 pagi hasil maklumat orang awam. 

"Suspek berasal dari Sungai Pelek, Selangor ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan," katanya.

Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati di dalam biliknya di rumah sewa mereka dipercayai dipukul anggota keluarga terdekat menggunakan sebatang kayu, selepas dia menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga. 

Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pagi semalam selepas anak sulung dari 10 beradik itu tidak memberi respons bila dikejutkan. 

Sementara itu, Siti Habibah melahirkan rasa reda apabila dimaklumkan bahawa polis berjaya menahan suspek. 

"Biar dia (suspek) bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan sendiri...permintaan arwah bukan besar mana pun, niatnya hanya untuk bantu keluarga dan adik-adiknya," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Besar Melaka di sini. 

Katanya, suspek merupakan seorang yang panas baran dan kerap memukul 10 orang anaknya berusia empat hingga 17 tahun menggunakan tali pinggang.

Dalam pada itu, bapa saudara kepada mangsa, Azhar Muhamad, 44, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor terkejut menerima berita kematian Muhamad Hafiz melalui ibunya malam Ahad.

Azhar berkata mangsa seorang pelajar lembam. 

Tags / Kata Kunci: pukul , remaja , Melaka

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan