Pemandu Lori Maut Rempuh Belakang Treler

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang pemandu lori surat khabar maut selepas lorinya melanggar belakang sebuah treler di KM266.6, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian 3.45 pagi itu, mangsa Sheikh Fahid Amjid, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban untuk menghantar surat khabar.

Katanya sejurus sampai di lokasi kejadian, lori tiga tan dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah treler.

Kejadian itu mengakibatkan bahagian depan lori remuk teruk dan mangsa tersepit serta meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk bedah siasat.

Operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan