Op Warta Khas: Selangor Kumpul Waran Tangkap Saman Tertunggak Tertinggi

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 2:32 PM

Ketua Trafik Pasukan PDRM Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam jumlah waran tangkap tertunggak dengan sebanyak 441,000 direkodkan daripada 1.75 juta waran tangkap saman trafik  yang masih belum dijelaskan di negara ini.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata jumlah tersebut merupakan baki yang terkini selepas Op Warta Khas dijalankan selama 12 hari bermula 16 hingga 27 Jun lalu.

"Selangor mencatatkan jumlah saman tertunggak paling banyak iaitu 441,000 diikuti Kuala Lumpur (261,000), Pulau Pinang (215,000), Perak (146,000) dan Negeri Sembilan (108,000).

"Dalam tempoh 12 hari Op Warta Khas dijalankan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan telah dapat menahan dan menyelesaikan sebanyak 16,486 kes waran tangkap saman trafik," katanya pada sidang media Op Warta Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin.

Menurut Mohd Fuad Op Warta Khas yang dijalankan selama 12 itu hari telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah penyelesaian berbanding tempoh yang sama sebelum operasi khas tersebut dijalankan.

Katanya, Op Warta Khas adalah mirip dengan Op Warta yang dimulakan Februari lalu tetapi dijalankan dengan lebih tegas untuk memburu Orang Kena Saman (OKS) yang telah dikeluarkan waran tangkap.

Mohd Fuad berkata, 12 hari sebelum Op Warta Khas dijalankan, waran tangkap yang telah dijelaskan adalah sebanyak 9,698 berbanding 16,486 yang dilunaskan  dalam tempoh ia dilaksanakan.

"Kita tidak menyatakan ini sebagai satu kejayaan tetapi kita dapat lihat peningkatan dalam penyelesaian waran tangkap iaitu kira-kira 60 peratus apabila Op Warta Khas dilakukan.

"Baki waran tangkap 1.75 juta dilihat sebagai satu jumlah yang besar," katanya.

Mohd Fuad berkata sejak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan baki waran tangkap berjumlah 1.9 juta yang belum dijelaskan pada Februari lalu, kira-kira 250,000 daripadanya telah diselesaikan sehingga tamatnya Op Warta Khas 27 Jun lalu.

Tambahnya, Op Warta dan Op Warta Khas akan diteruskan dari masa ke semasa memandangkan saman dan waran tangkap sentiasa dikeluarkan oleh mahkamah.

Beliau menjelaskan, tangkapan menerusi Op Warta dan Op Warta Khas dibuat terhadap mereka yang mempunyai saman trafik seperti terbabit kemalangan jalanraya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan ditahan kerana memandu melebihi had laju ditetapkan.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai saman trafik dan waran tangkap supaya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menjelaskan saman yang dikeluarkan terhadap mereka.

"Kita minta mereka tampil dan bertanggungjawab. Kesalahan telah direkodkan dalam sistem dan ia tidak dapat dipadam melainkan saman telah dijelaskan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan