Kereta Rempuh Tiang: Isteri Maut, Suami Cedera - Berita Jenayah | mStar

Kereta Rempuh Tiang: Isteri Maut, Suami Cedera

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang suri rumah maut sementara suaminya cedera selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Besar Chenor, dekat Maran, Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, semasa kejadian, Rozmah Fozi, 45, bersama suaminya berusia 40-an dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Bor, Chenor.

"Kejadian berlaku pada 9.22 pagi dan pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pekan Awah.

"Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang tiang lampu di situ," katanya di sini, Isnin.

Akibat rempuhan itu, kenderaan yang mereka dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala suaminya hanya kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan