NGO Buat Laporan Polis Berita Palsu MB Selangor Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 11:18 PM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu berhubung peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dua pertubuhan itu ialah Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) dan Road to Putrajaya (RTPJ).

Presiden Pasmeb, Mazli Saring berkata penyebaran maklumat palsu tentang peletakan jawatan Abdul Khalid itu diterimanya pagi Isnin melalui pelbagai aplikasi sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook kononnya laporan itu didakwa dikeluarkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

"Kami membuat laporan polis supaya siasatan terhadap perkara ini dapat dibuat, kerana berita ini bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Selangor tetapi juga Institusi Diraja Selangor," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam di sini.

Bernama bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ia telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu berhubung peletakan jawatan Menteri Besar Selangor. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan