Warga Emas Maut Ditikam Dan Ditetak di Gua Musang

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 8:51 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai ditikam dan ditetak dalam satu pergaduhan di rumahnya di Kampung Jerek Luar, Bertam, Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa Isa Hamad, 64, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di badan serta tetakan di bahagian kepala pada pukul 8 pagi semalam.
 
"Mangsa ditemui oleh menantunya selepas mendapat maklumat daripada jiran berhubung kejadian itu. Mangsa yang dihantar ke Hospital Gua Musang, meninggal dunia jam 7.15 malam tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mazlan berkata polis telah menahan seorang lelaki berumur 36 tahun untuk membantu siasatan.
 
"Suspek telah direman selama seminggu bermula hari ini dan kita masih meneruskan siasatan berhubung kes itu. Kita percaya berlakunya pergaduhan," katanya.
 
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu isteri mangsa, Che Eshah Hamid, 58, ketika ditemui di rumahnya di Gua Musang itu berkata, ketika kejadian beliau baru tiba di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari situ.

Dia kemudiannya bergegas pulang sebaik menerima berita berhubung kejadian itu.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati suaminya dalam keadaan berlumuran darah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan