Remaja Maut Dipercayai Dipukul Bapa Kerana Ingin Bekerja Bantu Keluarga

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 11:49 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang remaja ditemui mati di dalam biliknya hari ini, dipercayai dipukul bapa sendiri hanya kerana menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Abd Rahman Jid berkata sebelum itu mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah, kira-kira pukul 5 petang semalam.
 
"Mangsa menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya tapi tidak dipersetujui...mangsa yang dikatakan tidak pernah melawan cakap ayahnya itu berdegil untuk meneruskan hasratnya sebelum berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkannya pengsan.

Abd Rahman berkata ibu Muhamad Hafiz mahu menghantar anak sulung daripada 10 beradik itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tidak dibenarkan bapa mangsa dengan alasan ia tidak serius.

Beliau berkata ibu mangsa yang berusia 38 tahun itu mengejutkan anaknya untuk bersahur namun Muhamad Hafiz tidak bangun dan mengejutkannya semula kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mengesyaki sesuatu berlaku.
 
"Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Alor Gajah sebelum polis ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa menghadapi kecederaan di lengan kiri selain kesan lebam di badan.

Katanya polis kini sedang memburu bapa mangsa yang melarikan diri untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tags / Kata Kunci: remaja dipukul

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan