Kelindan Lori Simen, Bayi Maut Dalam Nahas Dekat Kamunting

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 11:59 AM

Keadaan Proton Exora yang terbalik akibat hilang kawalan selepas merempuh tong gas yang bertaburan di atas jalan raya.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang kelindan lori simen dan seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut apabila sebuah lori membawa muatan tong gas merempuh belakang lori terbabit, awal pagi Sabtu.

Insiden tersebut berlaku di Kilometer 200, lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting kira-kira pukul 3.20 pagi Sabtu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kelindan lori simen itu dipercayai tercampak keluar dari lori tersebut.

"Dia bagaimanapun digilis sebuah lagi lori yang datang dari arah sama selepas merempuh lori simen itu sehingga menyebabkan tong gas bertaburan di atas jalan raya.

"Kesan daripada rempuhan itu, pemandu lori yang membawa muatan tong gas tersebut hanya mengalami patah kaki manakala isterinya pengsan.

"Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam insiden itu," katanya

Jurucakap jabatan itu berkata, sebuah kereta Proton Exora yang mengikut rapat lori terbabit turut terbalik akibat hilang kawalan selepas merempuh tong gas yang bertaburan di atas jalan raya.

"Pemandu itu dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Tags / Kata Kunci: kelindan lori simen , kemalangan , maut , Kamunting

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan