Rizalman Dijangka Dihantar Ke New Zealand Seawal Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 3:40 PM

Muhammad Rizalman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail dijangka dihantar balik ke negara itu, minggu depan.


Menurut sumber terdapat beberapa perkara yang perlu diselaraskan antara kedua-dua buah negara terlebih dahulu.

"Perkara itu PNC (Private and Confidential) untuk dibincangkan bersama media. Perkara itu perlu dibincang bersama dengan pihak di sana (New Zealand) kerana kita tidak mahu sebarang perselisihan faham wujud," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Keputusan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman yang dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol, diumumkan oleh Kementerian Luar pada Rabu lepas.

Menurut kementerian itu, Malaysia menaruh keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand dan mempunyai kepercayaan penuh bahawa tertuduh akan diberi layanan adil secara bermaruah seperti diperuntukkan di bawah undang-undang.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan