Jenazah Koperal Che Mohamad Fatanah Dikebumi Di Pasir Putih

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 4:57 PM

Kejadian kereta perisai ATM terbalik di Kuala Kangsar yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Jenazah Koperal Che Mohamad Fatanah Che Ismail yang maut akibat kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beliau naiki terbalik dekat bandar Kuala Kangsar, Perak petang semalam dikebumikan, Jumaat.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telaga Papan dekat Semerak, Pasir Putih, Kelantan tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan kereta jenazah dari Kuala Kangsar dimandi dan disembahyangkan di rumah neneknya Setawa Awang, 70.

Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Ab Rahman dan Panglima 8 Briged, Brig Jen Datuk Azmy Yahya.

Allahyarham adalah antara dua anggota ATM yang maut dalam kejadian kira-kira 6.35 petang itu di Km 232 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.

Koperal Che Mohamad Fatanah, 32, meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar. sementara rakan setugasnya, Sarjan Bayong Burma maut ditempat kejadian.

Dua lagi rakan mereka cedera. Difahamkan mereka sedang berkonvoi dalam perjalanan dari Kem Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja, Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah menuju Gemas, Negeri Sembilan.

Isteri Allahyarham, Fatihah Ismail, 28, berkata, beliau kali terakhir bertemu suamainya sebelum arwah keluar rumah untuk menjalani latihan ke Gemas, kira-kira pukul 6.30 pagi selepas bersahur pada Khamis.

Seterusnya, beliau bercakap dengan suaminya menerusi telefon bimbit kira-kira pukul 5.30 petang ketika suaminya dalam perjalanan ke Gemas.

"Dia berpesan kepada saya supaya berhati-hati ketika memandu untuk pergi mengajar," katanya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan