Peniaga Dan Isteri Nyaris Maut, Penjenayah Lepas 3 Tembakan

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok malam Selasa.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir.

Beliau berkata, sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya, Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.

"Yoong lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan mengarahkan isterinya juga berbuat demikian sebelum terdengar bunyi tiga das tembakan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pada masa sama, Yoong turut membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian jiran yang menyebabkan penjenayah terbabit dan seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal melarikan diri.

Salehhudin berkata, pihak polis mendapati tiga kesan tembakan yang dipercayai dari tembakan revolver pada bumper dan cermin belakang kereta Yoong serta pintu besi rumahnya.

Motif kejadian sedang disasat.

Yoong berkata, beliau merasakan kelibat orang yang berpistol itu adalah berbahaya dan beliau dan isterinya perlu menyelamatkan diri.

"Saya segera masuk ke kereta dan menjerit memanggil isteri untuk turut masuk. Kami tunduk di dalam kereta sambil saya menekan hon kira-kira satu minit untuk meminta pertolongan jiran," katanya.

Katanya, beliau dan isteri kemudiannya mendapati penjenayah terbabit melarikan diri.


Tags / Kata Kunci: tembakan , Taman Kasturi , Melaka

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan