Kanak-Kanak Empat Tahun Cedera Ditikam

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 6:12 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat ditikam seorang anggota keluarga yang mengamuk di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini petang Selasa.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya, 4, cedera di kiri dan kanan pinggang dan kini dalam keadaan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian amuk itu berlaku selepas suspek berusia 44 tahun cuba mendapatkan kepastian berhubung duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya setiap bulan melalui akaun bapa mangsa.

"Suspek tidak dapat menerima jawapan bapa mangsa yang memberitahu duit terbabit belum dimasukkan ke dalam akaunnya," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima, Azham berkata suspek tiba-tiba menjadi marah dan mengugut untuk menikam mangsa jika bapa mangsa tidak bercakap benar.

Azham berkata lelaki itu kemudiannya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menuju ke arah kanak-kanak itu yang sedang bermain di belakang rumah dan menikam pinggang sebelah kiri mangsa.

"Selepas itu, suspek yang masih dalam keadaan mengamuk membawa masuk mangsa ke dalam rumah dan menikam pula bahagian kanan pinggang mangsa," katanya.

Katanya, bapa kanak-kanak itu menarik anaknya keluar dari rumah bagi menyelamatkannya sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi ambulans.

Azham berkata suspek yang juga pengganggur ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Tags / Kata Kunci: kanak-kanak , tikam

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan