Polis Selamatkan 51 Mangsa Jenayah Pemerdagangan Manusia Di Melaka

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 12:07 PM

Kegiatan pemerdagangan orang sering kali menjadikan mangsa GRO. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bukit Aman menyelamatkan 51 wanita dipercayai mangsa jenayah pemerdagangan manusia dalam operasi di dua premis hiburan di Malim Jaya di sini, malam Selasa.

Ketua operasi berkenaan, Deputi Superitendan Kamal Khan Mohd Shariff berkata, kesemua mereka terdiri daripada 40 warga Vietnam, lima warga Thailand dan enam rakyat China berusia antara 16 hingga 34 tahun yang dijadikan pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.

"Kesemua mangsa akan ditempatkan di rumah perlindungan di Kempas, Johor sehingga proses siasatan (selesai) sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, dalam operasi pada 11.30 malam tadi, polis turut menahan tujuh individu melibatkan dua lelaki dan seorang wanita tempatan, masing-masing seorang wanita Indonesia, China dan Vietnam serta seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,668 serta beberapa barangan termasuk amplifier dan mikrofon di premis hiburan terbabit.


Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , GRO , Migran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan