PPDNKK Pulau Pinang Berkas Lelaki Seleweng Diesel

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 9:46 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeleweng diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Bukit Tengah,di sini pada Isnin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Pulau Pinang, Abdul Rozik Yaakub berkata pihaknya turut merampas 225 liter diesel bernilai RM415 dalam operasi pada pukul 7 petang itu.

"Lelaki berusia 45 tahun yang merupakan pemandu lori terbabit diberkas ketika mengisi diesel ke dalam sebuah lori.

"Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu mendapati terdapat sambungan saluran paip daripada tangki minyak asal ke tangki simpanan di ruang penyimpanan barang di belakang kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi mengubah taktik dengan membuat pembelian mengikut had dibenarkan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan.

"Dengan menggunakan taktik itu anggota sindiket akan membeli bekalan diesel di beberapa stesen minyak mengikut had yang ditetapkan sehingga tangki simpanan yang terdapat dalam lori mereka penuh," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan minyak boleh menghubungi PPDNKK di talian bebas tol 1-800-86-6800 atau 04-2626167/04-2616168 atau KPDNKK Cawangan Seberang Prai Tengah (SPT) di talian 04-3801700, 04-5751752 (SPU) dan 04-64354444 (Barat Daya).
Tags / Kata Kunci: PPDNKK , Diesel

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan