Motosikal, Bas Kenderaan Tumpuan Sempena Ops Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama polis dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri (JKJR Sarawak) akan mengadakan operasi keselamatan jalan raya "Ops Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014" selama 14 hari di seluruh negeri ini.

Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JPJ Sarawak Albert Clement berkata operasi itu akan diadakan dari 21 Julai hingga 5 Ogos di beberapa jalan raya utama dengan memberi tumpuan terhadap motosikal.

"Empat siri operasi khas akan diadakan untuk membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di seluruh negeri ini dan saman akan dikeluarkan dengan merta-merta kepada mereka yang melanggar peraturan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen keselamatan jalan raya "Jom Balik Kampung Menyambut Hari Raya" anjuran Persatuan Peniaga Basikal dan Motor Kuching di sini pada Selasa.

Datuk Bandar Bandar Raya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai merasmikan kempen itu yang ditaja MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Albert bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan laluan yang terlibat dengan operasi tersebut.

"Ini untuk memastikan penunggang motosikal dan pembonceng mematuhi peraturan lalu lintas dan keselamatan ketika di jalan raya," katanya sambil menjelaskan bahawa kira-kira 120 pegawai penguat kuasa JPJ akan terlibat dengan operasi itu.

Albert berkata banyak penunggang motosikal didapati tidak memiliki lesen dan cukai jalan sah serta mengubah suai kenderaan masing-masing.

Katanya pemeriksaan juga akan dilakukan terhadap bas dalam usaha memastikan kenderaan pengangkutan awam sesuai berada di jalan raya dan pemandunya memiliki lesen sah serta bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Beliau berkata mereka yang melanggar peraturan boleh dikompaun RM300 atau didenda hingga RM2,000. 


Tags / Kata Kunci: Aidilfitri

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan