Pelajar Kolej Didenda Menyamar Polis - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Kolej Didenda Menyamar Polis

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej dijatuhi hukuman denda RM200 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret kerana memakai jaket keselamatan polis milik seorang anggota polis yang telah meninggal dunia.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Manpreet Singh Jagjit Singh, 24, setelah beliau mengaku bersalah memakai jaket berkenaan di tempat awam iaitu di Restoran Sky di Wangsa Maju, di sini pada 28 Jun lepas.

Dia ditahan oleh anggota polis yang secara kebetulan berada di kawasan restoran berkenaan.

Pelajar itu dituduh dibawah seksyen 171 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak lebih RM400 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit.


Tags / Kata Kunci: Polis
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan