Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Parit

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui terapung di dalam parit berhampiran Jalan Matang Buluh, Bagan Serai dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.

"Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan. Ini kita lihat berdasarkan fizikal mayat itu yang masih bertali pusat. Polis masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Mat Fauzi turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Buang Bayi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan