Pengusaha Kedai Runcit Cedera Dipukul Perompak

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Seorang pemilik kedai runcit cedera di kepala selepas dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang cuba merompaknya di Kampung Petoh Lama dekat sini awal Selasa.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 2.40 pagi itu mangsa, 69, bersama isterinya, 55, sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik belakang kedai runcitnya itu.

"Mangsa yang terkejut apabila terdengar bunyi bising di belakang kedainya itu bingkas bangun untuk membuat pemeriksaan. Namun belum sempat berbuat apa-apa, mangsa terus diserang dan kepalanya diketuk dengan sebatang kayu sehingga cedera," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, suspek kemudian mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan lebih teruk.

Bagaimanapun, kedua-dua perompak itu dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an dan menutup separuh muka dengan kain melarikan diri tanpa sebarang hasil rompakan setelah mendengar ketibaan anak lelaki dan menantu mangsa yang tinggal berhampiran, katanya.

Warga emas itu menerima beberapa jahitan di kepalanya dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 


Tags / Kata Kunci: Rompin , Rompak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan