Bapa Kepada Pembunuh Sakit Mental Buka Laman Web Bantu Mangsa Lain

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 10:53 AM

Elliot Rodger menembak dirinya sendiri selepas membunuh enam orang dan mencederakan 13 yang lain berhampiran University of California 23 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menyedari hakikat bahawa anaknya Elliot terbabit dalam kejadian tembak di Isla Vista di Santa Barbara, California, bulan lalu terlalu menyakitkan untuk dikenang seorang bapa yang juga pembikin filem Hollywood Peter Rodger.

Rodger telah menubuhkan laman web AskForHelp.org untuk berkongsi maklumat dan sumber-sumber yang berkaitan dengan penyakit mental sebagai satu cara mencegah kejadian pembunuhan beramai-ramai pada masa akan datang.

Elliot, salah seorang daripada dua anak kandung Rodger hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, anak kelahiran Pulau Pinang, Ong Li Chin, dilaporkan terbabit dalam kejadian amuk yang mengakibatkan enam mati dan 13 cedera berhampiran University of California pada 23 Mei, sebelum menembak dirinya sendiri.

Insiden itu berlaku selepas remaja berusia 22 tahun itu memuat naik video 'hukuman muktamad' di YouTube yang menggariskan rancangan dan sebab-sebab pembunuhannya.

Ong, 53, dikatakan telah cuba menghalang anaknya daripada melakukan kesilapan besar itu selepas menerima manifesto panjang anaknya itu yang memperincikan rancangan dan kekecewaannya melalui emel.

"Kira-kira seorang dalam empat rakyat Amerika mengalami penyakit mental dalam tahun-tahun yang diberikan. Sudah sampai masanya kita menghapuskan stigma dengan meminta bantuan. 

"Sebagai permulaan, kami menyediakan sumber dan meminta anda untuk berkongsi kisah anda supaya kami boleh membantu satu sama lain," kata Rodger, 49, di laman web. 

Rodger tidak pernah terfikir bahawa Elliot akan menjadi seorang pembunuh besar-besaran kerana anaknya tidak kelihatan seperti seseorang yang sanggup melakukan perbuatan seperti itu. 

Bapanya juga telah mencurahkan isi hatinya di dalam surat yang disiarkan di laman web.

"Sudah satu bulan dan tiga hari sejak anak saya, Elliot, melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan. 

"Tidak ada satu saat pun yang membuatkan saya sedar bahawa saya tidak pernah memikirkan tentang kesakitan dan penderitaan yang dilaluinya.

"Saya lebih merasainya untuk mangsa-mangsa dan keluarga mereka berbanding kehilangan anak lelaki saya sendiri. 

"Saya berkabung untuk anak lelaki saya yang pendiam, yang hilang kerana penyakit yang tidak seorang pun daripada kami tahu ia begitu teruk. 

"Ia akan menjadi satu perjalanan yang panjang apabila ia melibatkan pilihan peribadi individu dan keluarga, perbincangan awam, reformasi kesihatan mental, perubahan dalam budaya atau apa-apa sahaja - anda boleh namakannya. 

"Mesej mudah saya adalah, jika ragu-ragu tentang ahli keluarga, sila minta bantuan," tulis Rodger.

Dalam temu bual dengan hos American TV, Barbara Walters yang disiarkan pada Jumaat pada waktu puncak ABC, Rodger menggambarkan insiden itu sebagai cerita seram di dunia. 

"Ia adalah apabila anda mengenali seseorang secara luaran, dan secara dalaman ia adalah sesuatu yang berbeza dan anda tidak melihatnya," katanya dalam temubual eksklusif itu.
Tags / Kata Kunci: Elliot , pembunuhan , Peter Rodger

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan