Seorang Wanita Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 8:01 AM

Nazitah dipercayai dikurung lebih 10 tahun.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Satu lagi kes kecuaian dan penderaan dilaporkan apabila seorang wanita yang mengalami Sindrom Down ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan.

Wanita yang dipercayai berusia 30-an itu diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Daerah pada Khamis berikutan laporan orang awam.

Dipercayai mangsa dipaksa hidup di bilik kecil di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu di Kampung Pasir Pekan Hulu .

Mangsa dikenali sebagai Nazitah diselamatkan dalam keadaan terbiar dipenuhi dengan najis dan air kencing selepas pihak berkuasa terpaksa memotong jeriji pintu masuk sebelum menjumpai bilik yang terselindung itu.

Ketua Polis Daerah Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, polis sedang mencari lelaki yang dipercayai abang mangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas jiran memaklumkan kepada polis dan jabatan kebajikan pada pukul 3.30 petang.

"Apabila polis dan pegawai  jabatan tiba di rumah itu, kami mendapati wanita itu dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak bermaya.

"Keadaan bilik tersebut gelap dan hasil siasatan mendapati mangsa bertahan untuk hidup dengan meminum air daripada sumber luaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa saudara mangsa tinggal berhampiran," kata Supt Zaharudin.

"Kami cuba untuk mengesan saudara mangsa untuk mengetahui mengapa wanita itu dikurung.

"Menurut jiran, mangsa dikurung kerana tidak mahu dia berkeliaran.

"Tetapi bilik terlalu kecil dan  mangsa telah dibiarkan untuk menyara diri sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa mangsa telah dihantar ke hospital daerah untuk rawatan.

Seorang penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata dia sedih melihat wanita itu dikurung seperti itu dan percaya bahawa mangsa telah dikunci untuk kebaikan sendiri.

Kes Nazitah ini ditemui  seminggu selepas seorang remaja orang kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah yang kotor.

Tags / Kata Kunci: wanita , dikurung

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan