Lori Tangki Bawa Bahan Kimia Bocor, R&R Tapah Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah lori tangki yang membawa bahan kimia 'cuprum chloride solution' mengalami kebocoran di kawasan berhampiran susur keluar ke arah selatan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Km332, Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata kebocoran dikesan berlaku pada satu daripada dua tangki lori berkenaan.
 
"Tangki yang bocor adalah yang berkapasiti lapan tan dan cecair telah mengalir ke dalam longkang berhampiran. Pasukan bomba dan PLUS telah membuat sekatan di dalam longkang itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata injap pada tangki berkenaan telah ditutup namun kebocoran masih berlaku.

Kejadian dilaporkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada pukul 12.58 tengah hari dan kini pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pasir Puteh di sini berada di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan, katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi Bernama berkata kawasan R&R itu telah ditutup kepada kenderaan.
 
"Jangka masa penutupan itu bergantung kepada kerja-kerja dan operasi kawalan serta pembersihan pihak bomba," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini lalu lintas di laluan utama lebuh raya bergerak lancar.

Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tapah Insp Khairul Nizam Ismail berkata lori tangki tersebut disedari mengalami kebocoran apabila kenderaan itu mula memasuki lebuh raya selepas mengisi minyak di kawasan R&R Tapah.
 
"Kebocoran dikesan sebelum kenderaan itu memasuki lebuh raya. Sebelum itu lori tangki tersebut berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak berhampiran R&R Tapah," katanya.


Tags / Kata Kunci: lori tangki terbalik , R&R Tapah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan