Belum Ada Bukti 15 Rakyat M'sia Terbunuh Berperang Di Syria

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dakwaan terdapat beberapa rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.

"Kita masih berhubungan lagi dengan rakan-rakan kita (Interpol) untuk mengetahui perkara sebenar...setakat ini tak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.

Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

Kepada soalan sama ada terdapat pangkalan untuk melatih dan merekrut rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, beliau berkata:"Tidak wujud training base di Malaysia sebaliknya terdapat pihak yang merekrut anak-anak muda untuk menyertai aktiviti militan".

Khalid turut mengingatkan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memujuk mereka menyertai kumpulan tertentu dengan mendakwa mereka akan ke syurga jika menyertai kumpulan itu.

"Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan alim ulama. Kita beri penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkenaan apa dia jihad dan bagaimana jihad yang kita perlu buat. Pelbagai langkah yang kita ambil untuk menangani masalah ini," katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid berkata anggota unit 96 Komando perlu menjalani pelbagai latihan keras yang menguji ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi ancaman.

"Pasukan 69 komando yang mencecah usia 45 tahun kini dilihat semakin matang dan berevolusi daripada sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada 'counter insurgency warfare' ataupun peperangan melawan insurgensi, kepada sebuah pasukan yang serba boleh ataupun multi-skilled," katanya.

Katanya dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini pasukan 69 komando bergelut pula dengan cabaran dalam penugasan membanteras jenayah, ancaman lanun serta ancaman pihak militan.

Seramai 67 pegawai dan anggota berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2011 dan Siri 1/2014 itu.

Tags / Kata Kunci: Syria , Polis , Militan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan