Bas Masuk Longkang, Lima Cedera

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Lima penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan apabila bas yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang sedalam empat meter di Jalan Baru, Perai di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, bas KMK Star Coach membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Perlis itu dikatakan hilang kawalan ketika pemandu bas berusia 25 tahun berkenaan cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata tujuh penumpang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berjaya keluar melalui cermin hadapan dan tingkap bas yang dipecahkan oleh seorang daripada penumpang berkenaan.

"Semua mereka termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Seberang Jaya, di sini. Pemandu dan lima penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar manakala dua lagi penumpang tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata bas berkenaan telah singgah di Butterworth di sini untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis, Perlis.

Rusli berkata bas berkenaan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapannya menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan dan melanggar pagar longkang sebelum masuk ke dalam longkang.

"Kami akan mengambil keterangan pemandu bas untuk siasatan lanjut. Polis telah mengambil sampel darah pemandu bas yang berasal dari Johor itu untuk ujian alkohol dan dadah," katanya.

Sementara itu, seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata beliau sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan suara penumpang menjerit.

"Saya naik bas dari Melaka dan dalam perjalanan ke Kangar, bas ekspres yang saya naik ini berhenti banyak tempat...sedar-sedar sudah berada dalam longkang," katanya ketika di Hospital Seberang Jaya.


Tags / Kata Kunci: Bas , Perai , Longkang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan