Budak Perempuan Berusia 9 Tahun Dicabul Di Tanah Perkuburan

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang murid berusia sembilan tahun diculik dan dicabul oleh seorang lelaki di tanah perkuburan di Jalan Slim Lama di Slim River, kira-kira 100km dari sini.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengahari pada hari Rabu, suspek, terdahulu telah memujuk budak perempuan berkenaan masuk ke dalam kereta Proton Wira Aeroback berwarna kelabu dengan menggunakan alasan untuk membeli buku-buku sekolah berdekatan dengan stesen bas Slim River.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supritendan Othman Nayan berkata sebaik sahaja lelaki itu berjaya memujuk budak perempuan itu masuk ke dalam kereta, dia mengugut supaya dia tidak melarikan diri dan kemudian memandu ke tanah perkuburan sambil mengarahkannya untuk pergi ke sebuah pondok yang berhampiran.

"Suspek menyuruh budak perempuan itu membuka mengambil seluar dan kasutnya terlebih dahulu sebelum mencabul kehormatannya. Beberapa minit kemudian, suspek melarikan diri, meninggalkan kanak-kanak itu seorang diri," katanya.

Beliau berkata pemandu kereta yang lalu di kawasan berhampiran tanah perkuburan itu melihat mangsa berlari ketakutan kira-kira pukul 1.50 tengahari dan berhenti untuk melihatnya sebelum membawanya ke Balai Polis Slim River.

"Keluarganya, termasuk bapanya berusia 43 tahun, telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Budak perempuan itu telah dibawa ke Hospital Slim River. Doktor mengesahkan bahawa dia tidak dirogol," katanya.

Othman berkata suspek ditahan di Taman Desa Idaman Sungkai kira-kira pukul 2.30 petang selepas keretanya dikejar sepanjang 20km.

"Suspek enggan memberhentikan kereta yang dipandu. Dia keluar dari plaza tol Slim River, memecut ke arah utara dan merempuh plaza tol di Sungkai," katanya.

Jelasnya, suspek juga telah merempuh sebuah kereta Proton Exora dan cuba merempuh MPV polis semasa dikejar. 


Suspek akhirnya berjaya ditahan di kediamannya dengan bantuan jabatan siasatan jenayah Tanjung Malim  dan unit rondaan motosikal dari Slim River. 

Beliau berkata kes itu telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan kerana menculik dan mencabul.
Tags / Kata Kunci: cabul , culik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan