URS Bantu Risikan Di Sempadan Negara

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 2:01 PM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Unit Risikan Sempadan (URS) Pangkalan Utara mampu meningkatkan keupayaan risikan di kawasan sempadan negara yang sering digunakan penjenayah untuk memboloskan diri atau menyeludup bahan larangan seperti dadah dan senjata api.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sejak unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu ditubuhkan tahun lalu, jumlah tangkapan dan rampasan terutamanya melibatkan penyeludupan senjata api semakin meningkat.

"Unit ini ditubuhkan khusus untuk memberi fokus kepada penyeludupan senjata api, kereta curi, pemerdagangan orang dan mengesan penjenayah yang dikehendaki.

"Peningkatan ini (tangkapan dan rampasan) disebabkan kerjasama rapat yang dijalinkan URS dengan rakan kita di Thailand dalam meningkatkan keupayaan maklumat risikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran URS Pangkalan Utara di balai Polis Bukit Kayu Hitam di sini pada rabu.

Beliau berkata URS Pangkalan Utara itu mempunyai kekuatan 28 anggota yang diketuai pegawai berpangkat DSP.

Khalid berkata polis menerusi URS akan terus meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dengan agensi keselamatan luar negara bagi memastikan statistik jenayah negara khususnya di sempadan dapat dikurangkan.

Terdahulu dalam ucapannya, Khalid memberitahu jumlah tangkapan membabitkan kes penyeludupan senjata api pada 2010 ialah 92 suspek dan rampasan 137 senjata api.

Jumlah itu meningkat kepada 121 suspek dan 160 senjata api pada 2011; 163 suspek dan 199 senjata api (2012); dan 287 suspek serta 292 senjata api pada 2013, katanya.

Dalam perkembangan lain beliau mengesahkan masih ada rakyat negara ini yang terlibat dengan kegiatan militan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Dari semasa ke semasa kita akan buat tangkapan dan akan maklumkan (kepada media). Memang saya sahkan masih ada lagi kegiatan ini dan kita sedar perkara ini berlaku dan kita sedang menanganinya.

"Nak kata (perkara ini) berada pada tahap amat serius, tidaklah, tapi selagi ada rakyat kita terlibat, perkara ini seriuslah dan kita akan bekerjasama rapat dengan rakan kita di Syria dan kita sedang berhubung untuk mendapatkan maklumat tentang identiti 15 orang ini," katanya.

Beliau mengulas dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) iaitu kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Khalid berkata pergerakan individu yang terlibat dengan kegiatan itu sukar dikesan kerana mereka ke Syria melalui negara ketiga atau keempat, bukan secara terus dari negara ini.


Tags / Kata Kunci: Polis , Sempadan , URS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan