Esscom Nafi Berlaku Tembak-Menembak Di Kunak

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek menafikan berlaku kejadian tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak, dekat sini awal Rabu.

Beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar melalui media sosial.

Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan bahawa Esscom melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Bakau, Nelayan dan Basilan.

Ops Gasak ke-22 yang diketuai Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

"Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap semua orang bertenang dan tidak menyebarkan berita palsu terutama di media sosial," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata sebanyak 129 orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari pukul 3 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Tags / Kata Kunci: EssCom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan