PPDNKK Rampas Kapal, Sita Diesel Bernilai RM246,985

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 4:21 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor menahan sebuah kapal tangki dan merampas 123,479 liter diesel bersubsidi bernilai RM246,985 dalam operasi di perairan Tanjung Belungkor kelmarin.

Timbalan Ketua Penguat kuasa PPDNKK Johor V. Ravichandran berkata pihaknya percaya kapal itu yang berdaftar di negara ini namun dikendalikan enam anak kapal warga Indonesia berusia antara 30 dan 40-an tersebut terlibat menjual diesel bersubsidi kepada kapal dagang yang melalui perairan berkenaan.

Operasi pukul 12 tengah malam itu merupakan kejayaan terbaharu PPDNKK Johor dalam menangani isu penyelewengan diesel bersubsidi di negara ini, katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Ravichandran bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini PPDNKK Johor merekodkan 97 kes penyelewengan diesel bersubsidi membabitkan rampasan bernilai RM4.8 juta.

Rampasan merupakan hasil serbuan terhadap stor simpanan haram, kenderaan yang telah diubah suai, stesen minyak dan kapal tangki, katanya.

Ravichandran berkata dalam dua serbuan di daerah ini pada awal bulan lalu, pihaknya menahan dua kapal tangki bersama lapan anak kapal termasuk dua warga China.

Dalam serbuan pertama pukul 1.30 petang pada 4 Jun lalu di Sungai Kota Tinggi, Pasukan Polis Marin (PGM) menahan sebuah kapal tangki bersama dua warga China dan merampas 76,800 liter diesel bersubsidi bernilai RM199,680.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada hari yang sama pada pukul 7 malam di Kuala Sungai Kong-Kong, PPM dan pihaknya menahan sebuah kapal bersama enam anak kapal rakyat tempatan serta merampas 310,000 liter diesel bernilai RM750,000.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi orang perseorangan manakala syarikat pula boleh didenda RM250,000.

Sementara itu beliau berkata sebanyak 161 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu termasuk lapan stesen minyak yang didapati bersekongkol dengan sindiket penyelewengan bahan bakar tersebut telah dihadapkan ke mahkamah setakat ini.


Tags / Kata Kunci: PPDNKK , Diesel

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan